User Get User (UGU)
Terma & Syarat:
- Program ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan ONEXOX sahaja.
- Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
- Pelanggan layak mendapat 6% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.
- Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
- Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk mendaftar langganan.
- Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan bersama ketika pengedar mendaftarkan langganan kenalannya.
- Tertakluk kepada mekanisme ganjaran.
Mekanisme Ganjaran:
- 6% ganjaran ke atas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui Pengedar Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh One XOX Sdn. Bhd. sahaja.
- Ganjaran adalah berdasarkan kepada jumlah angka ringgit yang dipamerkan.
Contoh:- Jumlah ganjaran RM28.90 akan dinilai RM28 sahaja. - Ganjaran terkumpul (RM1 dan ke atas sahaja) pada bulan semasa akan dilunaskan pada bulan berikutnya di antara 16-20 haribulan (hari bekerja).
- Jumlah ganjaran di bawah RM50 akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai sahaja.
- Jumlah ganjaran RM50 dan ke atas akan dilunaskan dalam bentuk tunai ke akaun bank terpilih.
- Caj perbankan RM3 dikenakan bagi setiap transaksi bayaran insentif tunai.
- Maklumat perbankan mesti dikemaskini melalui daftar dan login ke portal Sahabat ONEXOX.
Langkah-langkah: Account Manager -> View Profile -> Isi ruangan 'Maklumat Perbankan' -> klik 'Kemaskini'