Soalan Lazim
1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada perkhidmatan mudah alih prabayar yang dimiliki oleh ONEXOX Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Dycom Sdn Bhd) yang menggunakan sistem rangkaian XOX.
2. Di mana saya boleh mendapatkan SIM Pack ONEXOX?
SIM Starter Pack ONEXOX boleh didapati DI SINI.
3. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada (MNP)?
Ya, boleh. SIM MNP ONEXOX untuk kekalkan nombor sedia ada boleh didapati DI SINI. RM10 sahaja. Tiada yuran pendaftaran.
4. Di manakah letaknya kredit termuat RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit termuat RM5 terletak di dalam Akaun Utama. SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.
5. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Akaun tersebut diadakan bagi memberi ruang penjimatan kepada pelanggan ONEXOX. Dengan ini, pelanggan boleh merancang perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar rendah berterusan yang ditawarkan pada Akaun Dedikasi.
6. Apakah denominasi tambah nilai yang terdapat?
RM5, RM10, RM20, RM30, RM40, RM50 dan RM100. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.
7. Di mana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso, serta mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai XOX ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara perbankan online menerusi portal SELFCARE.
8. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal Self Care?
- Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
- Dapatkan bil terperinci.
- Tambah nilai.
- Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
- Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
- Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
- Pengurusan 10 nombor ‘Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal
9. Adakah pelan data (internet mudah alih) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan Blackberry Internet Service (BIS).
10. Adakah pelan data ONEXOX bersifat unlimited?
TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) sehingga 7 mbps muat turun mengikut had kuota data / hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada ‘yang mana sampai dulu’ iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.
11. Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?
SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama (ONEXOX,XOX ) termasuk 5 nombor ONEXOX yang tersenarai di dalam Famili & Rakan ONEXOX. Kadar rendah atau biasa (bergantung kepada baki kredit Akaun Dedikasi/Utama) bagi SMS dikenakan selepas kehabisan kuota SMS percuma.
12. Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF) yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?
- Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma. Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap Telekom Malaysia (kecuali nombor-nombor premium 1-300 dan nombor-nombor telefon luar negara). Anda juga boleh membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun, setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.
- Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111 - FNF
ADD >nombor telefon> - Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111 - FNF
LIST - Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111 - FNF
DEL
13. Adakah saya layak mendapat kadar Famili & Rakan ONEXOX jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya, anda tetap menikmati kadar Famili & Rakan ONEXOX walaupun menggunakan baki kredit di dalam Akaun Utama.
14. Bagaimanakah caranya untuk saya menebus SMS percuma daripada 'Loyalty Point'?
- Top up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point; setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.
- Cara menebus SMS percuma:
- SMS ke 22111- LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin ditebus>
Contoh: LYT RED SMS 12 - Melalui SELF CARE
- SMS ke 22111- LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin ditebus>